Sunday, September 22, 2013

KESAN RANGKAIAN SOSIAL KEPADA MANUSIA


Kebelakangan ini, terdapat pelbagai medium komunikasi secara alam maya atau laman sosial seperti  facebook,twitter, installgram, blog dan sebagainya di internet. Ianya menjadi satu budaya atau trend di mana setiap orang pasti memiliki akaun laman sosial di semua peringkat usia. Malah ada sesetengah orang memiliki lebih dari satu akaun laman sosial.  Ia merupakan satu kemajuan yang positif kerana kebanyakan orang menggunakan kemajuan ini untuk memudahkan urusan.Laman sosial menjadi satu pilihan untuk masyarakat kita bersosial menggunakan teknologi terkini . Tambahan pula, kebanyakan borang, kertas kerja dan sebagainya dihantar menggunakan internet kerana ianya mudah dan menjimatkan masa.

Sebenarnya kemajuan merupakan perkara yang baik apabila ianya diiringi dengan nilai-nilai dan ilmu yang bermanfaat. Kewujudan laman sosial memudahkan orang ramai untuk menyampaikan maklumat dengan pantas. Tambahan pula, kehadiran smartphone yang canggih yang boleh memuat turun aplikasi laman sesawang memudahkan dan membantu  orang ramai untuk berinteraksi menggunakan laman sosial. Segalanya hanya di hujung jari! Betapa beruntungnya sekiranya orang yang menggunakan laman sosial sebagai medium dakwah dan menyampaikan maklumat yang benar lagi tepat. Orang yang bijak akan menggunakan laman sosial sebagai tempat berkongsi ilmu dan mencari ilmu yg bermanfaat. Sebagai contohnya, kita boleh mengemaskini status yang berunsur ilmiah atau tekan butang ‘share’ bagi sebarang status yang berilmiah.

Malangnya, masyarakat kita gemar menggunakan kemajuan itu ke arah perkara-perkara yang salah. Ia mengakibatkan pelbagai kesan ke atas individu, keluarga dan masyarakat. Kadang-kadang status yang dikemaskini boleh mengundang kepada pergaduhan antara insan. Maka, sebelum mengemaskini status fikirkanlah kesan dan akibat terhadap  pembaca yang melewati status kita. Pastikan setiap tulisan kita memberi impak yang positif ke atas pembaca. Selain itu, ejaan dan bahasa yang digunakan perlulah betul bagi mengelak salah faham. Kebanyakan pengemaskini status suka menggunakan ejaan yang salah dan bahasa yang kurang sedap dibaca. Kesimpulannya, fikir dahulu sebelum bertindak. ‘Orang bijak tidak mencari penyakit tetapi mengelak dari terkena penyakit’
Sekian.

KENAPA MENULIS ITU SUSAH???


Menulis akan jadi susah apabila tiada idea dan merasakan menulis itu  sesuatu yang  membosankan. Sebenarnya menulis adalah suatu aktiviti yang menarik dan salah satu cara untuk menggali dan mengcungkil idea bagi semua peringkat umur.  Ianya boleh dilatih dari kecil sejak kanak-kanak lagi bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah ketika rebungnya’. Aktiviti ini akan menjadikan kanak-kanak lebih kreatif dan berdaya saing untuk menghasilkan penulisan yang cemerlang dan terbilang. Sebagai contohnya Pieree Andre telah menulis sejak berusia 10 tahun(kalau tidak silap), dan terbukti penulisanya berjaya mengangkat beliau sebagai seorang pengarah terkenal dan telah berjaya merangkul beberapa anugerah di atas kecermelangan dalam kerjayanya.

Maka, ayuh kita melakukan aktiviti penulisannya sebagai  aktiviti untuk mengisi masa lapang dan juga menyumbang sedikit idea melalui penulisan. Mungkin dengan satu ayat daripada kita mampu mengubah kehidupan seseorang  ke arah yang lebih baik. Menulis juga membantu otak kita menjadi lebih kreatif,kritis dan kritikal dalam mengolah sesuatu jalan cerita. Jika anda dalam kategori pemalas tahap tegar untuk menulis, anda boleh  cuba untuk menulis satu ayat satu hari. Sebelum memulakan penulisan tetapkan azam dan matlamat yang anda inginkan karya anda siap dalam jangka masa tertentu dan bayangkan perasaan tika karya anda siap. Mesti seronokkan walaupun penat! JJ

Akhirnya,anda boleh jadilkan aktiviti menulis sebagai aktiviti harian. Bagi remaja-remaja di luar sana mereka boleh mewujudkan blog  sebagai tempat untuk menyumbangkan buah pemikiran mereka. Untuk yang sudah berkeluarga,  ayah atau ibu  boleh mewujudkan blog keluarga di mana setiap ahli keluarga diwajibkan menulis sekurang-kurangnya satu artikel bagi sebulan. Di dalam blog berkenaan ahli keluarga dibenarkan untuk menulis apa sahaja mengenai  keluarga mereka.  Secara tidak langsung aktiviti ini akan merapatkan silaturahim antara ahli keluarga dan membantu merancakkan institusi kekeluargaan ke arah yang lebih harmoni.

Tunggu apa lagi anda dah bacakan artikel ini!  Jadikan aktiviti menulis itu sesuatu yang mudah. Ya! Menulis adalah mudah. Semaikan ungkapan ini dalam sanubari anda dan katakan pada diri ‘saya boleh menulis dengan baik dan cemerlang’. 

<terima kasih kepada yang sudi membaca>

< Jika ada sebarang kekhilafan dan kesalahan saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf>

<sebarang teguran dan kritikan amat dialu-alukan>

                                                                                                                                                                            Adminà NSZ

ERTI SEORANG PELAJAR


‘Jika inginkan dunia carilah ilmu,jika inginkan akhirat carilah ilmu dan jika inginkan kedua-duanya carilah ilmu.’

Ungkapan ini sering  didengari dan diulangi sejak aku di sekolah rendah lagi. Dulu mungkin aku tidak memahami ungkapan ini kerana akal kecilku yang terbatas untuk memikirkan maksudnya. Bagi aku belajar adalah untuk lulus peperiksaan dan mendapatkan markah yang tinggi. Biasalah akal anak kecil yang kurang matang .

Namun apabila aku memasuki alam remaja atau melangkah ke universiti baru aku memahami istilah ini  dengan lebih jelas yang bermaksud jika kita ingin berjaya kita perlu mencari ilmu dan mengamalkannnya. Jika mengikut fahaman aku, secara umumnya  manusia ini sentiasa menjadi pelajar kerana mereka sering belajar sesuatu perkara yang baru dari semasa ke semasa.

Namun begitu, aku tidak nafikan juga masalah yang aku hadapi dalam menuntut ilmu pengetahuan. Untuk mendapatkan ilmu ianya memang  sukar , menjerihkan dan memerlukan pengorbanan dari segi masa, tenaga, dan wang ringgit. Tetapi aku percaya setiap apa yang kita lakukan akan dibalas dengan balasan yang setimpalnya. Bak kata orang putih ‘what you give you get back’.  Kejayaan tidak akan diperoleh dengan begitu mudah. Ianya memerlukan pengorbanan, sokongan dari orang sekeliling terutama ahli keluarga, doa dan semangat yang jitu untuk berjaya. Apabila kita meneliti kejayaan orang-orang yang hebat, pasti di sebalik kejayaan mereka banyak liku yang mereka hadapi. Contoh paling utama ialah Nabi Muhammad merupakan manusia yang paling banyak diuji sepanjang hayatnya. Hasilnya, baginda berjaya menyebarkan agama islam ke serata dunia.

Percayalah setiap pengorbanan pasti ada kejayaan dan kebahagiaan di penghujungnya. Sebagai orang islam,  pengorbanan dalam menuntut ilmu akan dinilai oleh Allah dan akan akan diberikan ganjaran setimpal dengan usaha kita. Bersyukurlah kita menjadi orang islam kerana setiap  kesusahan yang dihadapi dengan sabar akan diberi pahala, InsyaAllah.

Setelah melangkah ke menara gading, persepsi aku mengenai menuntut ilmu ini berubah ke arah yang lebih matang. Aku rasa merasakan menuntut ilmu adalah satu perkara yang amat penting dalam kehidupan. Tanpa ilmu manusi akan rugi kerana kejahilan seseorang boleh memakan dirinya dan membawanya ke jalan yang salah. Benarlah orang kata ‘lebih baik banyak ilmu dari banyak harta kerana harta yang banyak perlu dijaga sedangkan ilmu yang banyak akan menjaga tuannya’. Oleh itu, carilah ilmu sebanyak mungkin kerana ilmu itu akan ke membantu kita dalam menghadapi pancaroba kehidupan yang  penuh dengan misteri. Pastikan ilmu yang diperolehi diamal kerana imu tanpa amal umpama pokok tanpa buahnya.


Sekian.


Influence of social network in my life

Nowadays, social network give big impact in our daily life. I can fill it by myself. Social network have their own advantages and disadvantages. Facebook, WhatsApp, and WeChat are the examples of the social networks that I use to communicate with my friends. It the easy way to keep in touch with my friends with low cost and save time. My friends and I can communicate with each other although they further their studies in overseas. Social networks also can give me more news in and out of the country with only one click. It also help me in doing my assignment because it will give me the info that I want. However, social network also have disadvantages when using it. One of the disadvantage of social network is I will stuck with it in long time that will cause me not doing anythings else and also make me hate to do some exercising for my body. We must balance the using of social network in our daily life with other things.

Erti Menjadi Seorang Pelajar

Apakah erti menjadi seorang pelajar? Pelajar merupakan seseorang yang mencari ilmu pengetahuan. Target utama seorang pelajar mestilah ingin memperoleh keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan yang dihadapi dan berjaya dalam bidang yang diceburi.Untuk menjadi pelajar yang cemerlang mestilah mendapatkan keredhaan daripada kedua ibubapa. Keputusan yang cemerlang tidak akan datang bergolek tanpa pengorbanan dan usaha yang gigih daripada pelajar itu sendiri. Antara pengorbanan yang mesti dilakukan oleh seorang pelajar adalah berjauhan dengan keluarga tercinta. Contohnya, bermula daripada tingkatan satu ada pelajar yang sudah tinggal di asrama dan ada pula yang terpaksa melanjutkan pelajaran di luar negara. Dengan keputusan yang cemerlang, seseorang pelajar itu dapat membahagiakan dan mengubah nasib keluarga yang tercinta. Menjadi seorang pelajar perlulah bersusah- susah dahulu dan bersenang- senang kemudian.

Kenapa menulis itu susah

 Saya menggambil masa yang lama memikirkan tentang tajuk ini. Saya terfikir mengapa menulis itu susah sedangkan kita menulis hanya menggunakan pensel dan kertas sahaja. Menghasilkan penulisan yang baik memerlukan ilmu yang banyak dalam diri seorang penulis. Ini  yang menjadi sebab mengapa menulis itu dianggap susah. Banyaknya ilmu dalam diri seseorang individu itu disebabkan banyaknya dia membaca. Amalan membaca merupakan satu amalan yang kurang digemari oleh individu masa kini. Membaca dianggap satu perkara yang amat membosankan. Kesannya, individu masa kini merasakan menulis itu susah kerana mereka tidak tahu apa yang hendak ditulis disebabkan kurangnya pembacaan. Sikap suka membaca perlulah ditanamkan dalam diri setiap individu bermula daripada kecil supaya mereka mempunyai banyak ilmu dan dapat meningkatkan minat untuk menulis serta tidak merasakan menulis itu sesuatu yang membebankan untuk mereka.

Sunday, September 1, 2013

Quote

"I believe that everything happen for a reason. People change so that you can learn to let go, things go wrong so that you appreciate them when there're right, you believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself, and sometimes good things fall apart so better things can fall together".
-Marilyn Monroe-