Sunday, September 22, 2013

ERTI SEORANG PELAJAR


‘Jika inginkan dunia carilah ilmu,jika inginkan akhirat carilah ilmu dan jika inginkan kedua-duanya carilah ilmu.’

Ungkapan ini sering  didengari dan diulangi sejak aku di sekolah rendah lagi. Dulu mungkin aku tidak memahami ungkapan ini kerana akal kecilku yang terbatas untuk memikirkan maksudnya. Bagi aku belajar adalah untuk lulus peperiksaan dan mendapatkan markah yang tinggi. Biasalah akal anak kecil yang kurang matang .

Namun apabila aku memasuki alam remaja atau melangkah ke universiti baru aku memahami istilah ini  dengan lebih jelas yang bermaksud jika kita ingin berjaya kita perlu mencari ilmu dan mengamalkannnya. Jika mengikut fahaman aku, secara umumnya  manusia ini sentiasa menjadi pelajar kerana mereka sering belajar sesuatu perkara yang baru dari semasa ke semasa.

Namun begitu, aku tidak nafikan juga masalah yang aku hadapi dalam menuntut ilmu pengetahuan. Untuk mendapatkan ilmu ianya memang  sukar , menjerihkan dan memerlukan pengorbanan dari segi masa, tenaga, dan wang ringgit. Tetapi aku percaya setiap apa yang kita lakukan akan dibalas dengan balasan yang setimpalnya. Bak kata orang putih ‘what you give you get back’.  Kejayaan tidak akan diperoleh dengan begitu mudah. Ianya memerlukan pengorbanan, sokongan dari orang sekeliling terutama ahli keluarga, doa dan semangat yang jitu untuk berjaya. Apabila kita meneliti kejayaan orang-orang yang hebat, pasti di sebalik kejayaan mereka banyak liku yang mereka hadapi. Contoh paling utama ialah Nabi Muhammad merupakan manusia yang paling banyak diuji sepanjang hayatnya. Hasilnya, baginda berjaya menyebarkan agama islam ke serata dunia.

Percayalah setiap pengorbanan pasti ada kejayaan dan kebahagiaan di penghujungnya. Sebagai orang islam,  pengorbanan dalam menuntut ilmu akan dinilai oleh Allah dan akan akan diberikan ganjaran setimpal dengan usaha kita. Bersyukurlah kita menjadi orang islam kerana setiap  kesusahan yang dihadapi dengan sabar akan diberi pahala, InsyaAllah.

Setelah melangkah ke menara gading, persepsi aku mengenai menuntut ilmu ini berubah ke arah yang lebih matang. Aku rasa merasakan menuntut ilmu adalah satu perkara yang amat penting dalam kehidupan. Tanpa ilmu manusi akan rugi kerana kejahilan seseorang boleh memakan dirinya dan membawanya ke jalan yang salah. Benarlah orang kata ‘lebih baik banyak ilmu dari banyak harta kerana harta yang banyak perlu dijaga sedangkan ilmu yang banyak akan menjaga tuannya’. Oleh itu, carilah ilmu sebanyak mungkin kerana ilmu itu akan ke membantu kita dalam menghadapi pancaroba kehidupan yang  penuh dengan misteri. Pastikan ilmu yang diperolehi diamal kerana imu tanpa amal umpama pokok tanpa buahnya.


Sekian.


No comments:

Post a Comment