Tuesday, September 24, 2013

Kenapa menulis itu susah??


Kebanyakkan pelajar mengatakan menulis itu adalah sesuatu yang sukar. Walhalnya, menulis itu tidaklah sesukar yang disangkakan. Sebab-sebab pelajar mengatakan menulis itu sukar adalah kerana tidak mempunyai idea yang bernas. Untuk mendapatkan penulisan yang baik, idea yang bernas dan berkualiti amatlah penting. Sekiranya ketandusan idea, ia akan menghalang kita untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti. 

Faktor yang paling penting adalah kerana sikap pelajar itu sendiri. Bila kita sering mengatakan sesuatu itu susah, maka susahlah ia. Kita perlulah sentiasa berfikiran terbuka dalam hal ini. Setkan minda kita dengan mengatakan menulis itu mudah. Tidak ada yang mustahil di dalam dunia ini. Perkara yang susah, akan menjadi mudah. Dengan izin Allah, kita mampu melakukan sesuatu di luar jangkaan kita. Hanya orang yang mempunyai keyakinan yang tinggi dan sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu tanpa putus asa yang akan berjaya.

No comments:

Post a Comment