Tuesday, September 24, 2013

ERTI SEORANG PELAJAR

Apakah erti seorang pelajar? Pada pendapat saya, jika difikirkan secara amnya atau secara dasarnya, erti seorang pelajar itu adalah pelajaran atau belajar. Ini bermaksud seseorang yang bergelar pelajar itu mempunyai hanya satu tugas yang besar yang perlu digalas setelah menjadi seorang pelajar iaitu BELAJAR atau pun mencari ilmu.

Justeru itu, bagi sesiapa yang bergelar pelajar tetapi tidak menjalankan tugasnya, bermaksud dia tidak mendalami atau mengetahui erti menjadi seorang pelajar itu. Seorang pelajar itu haruslah belajar dari semua aspek kehidupan iaitu belajar membahagikan masa dengan baik, belajar untuk menjadi seorang yang bijak dari segi jasmani dan juga tidak meninggalkan aspek rohani.

Sebagai penutup, saya ingin menyatakan kepada semua pelajar satu kata-kata hikmah untuk di jadikan sebagai panduan dalam mengenal erti menjadi seorang pelajar. ' Jika hendak belajar, belajarlah anda sehingga ke negara China.'

- SEKIAN -

No comments:

Post a Comment