Tuesday, September 24, 2013

Kesan rangkaian sosial kepada manusia


Tidak dinafikan lagi, dunia masa kini semakin berkembang dengan teknologi-teknologi yang canggih. Kini, segalanya hanya dihujung jari. Penggunaan laman sosial seperti Twitter dan Facebook semakin berleluasa dalam masyarakat sekarang. Laman sosial ini telah memberikan kesan positif dan kesan negatif terhadap masyarakat.

Salah satu kesan positif penggunaan laman sosial ini adalah masyarakat dapat menambah lebih ramai kenalan dan ini menjadikan hubungan sesama masyarakat semakin erat. Kita dapat berkongsi pelbagai cerita, pengalaman, perasaan dan sebagainya bersama kenalan kita. Di samping itu, laman sosial adalah cara yang paling mudah dan cepat untuk mendapat berita di dalam dan diluar negara.

Penggunaan laman sosial ini juga telah memberikan kesan negatif kepada masyarakat. Majoriti purata pengguna laman sosial ini adalah remaja. Penggunaan laman sosial yang tidak dikawal akan menyebabkan remaja mudah lalai dan leka untuk menyempurnakan urusan mereka. Jika tidak dikawal, mereka akan mengabaikan pelajaran dan menyebabkan prestasi pelajaran mereka semakin merosot. Hal ini perlulah dipantau oleh kedua ibu bapa mereka. Ibu bapa perlu mengehadkan penggunaan internet untuk anak mereka. Oleh itu, anak-anak akan mengurangkan masa mereka dalam penggunaan internet dan lebih menumpukan terhadap pelajaran mereka.

No comments:

Post a Comment