Kebelakangan ini, terdapat
pelbagai medium komunikasi secara alam maya atau laman sosial seperti facebook,twitter, installgram, blog dan
sebagainya di internet. Ianya menjadi satu budaya atau trend di mana setiap
orang pasti memiliki akaun laman sosial di semua peringkat usia. Malah ada
sesetengah orang memiliki lebih dari satu akaun laman sosial. Ia merupakan satu kemajuan yang positif kerana
kebanyakan orang menggunakan kemajuan ini untuk memudahkan urusan.Laman sosial
menjadi satu pilihan untuk masyarakat kita bersosial menggunakan teknologi
terkini . Tambahan pula, kebanyakan borang, kertas kerja dan sebagainya
dihantar menggunakan internet kerana ianya mudah dan menjimatkan masa.
Sebenarnya kemajuan merupakan
perkara yang baik apabila ianya diiringi dengan nilai-nilai dan ilmu yang
bermanfaat. Kewujudan laman sosial memudahkan orang ramai untuk menyampaikan
maklumat dengan pantas. Tambahan pula, kehadiran smartphone yang canggih yang
boleh memuat turun aplikasi laman sesawang memudahkan dan membantu orang ramai untuk berinteraksi menggunakan
laman sosial. Segalanya hanya di hujung jari! Betapa beruntungnya sekiranya
orang yang menggunakan laman sosial sebagai medium dakwah dan menyampaikan
maklumat yang benar lagi tepat. Orang yang bijak akan menggunakan laman sosial
sebagai tempat berkongsi ilmu dan mencari ilmu yg bermanfaat. Sebagai
contohnya, kita boleh mengemaskini status yang berunsur ilmiah atau tekan
butang ‘share’ bagi sebarang status yang berilmiah.
Malangnya, masyarakat kita gemar
menggunakan kemajuan itu ke arah perkara-perkara yang salah. Ia mengakibatkan
pelbagai kesan ke atas individu, keluarga dan masyarakat. Kadang-kadang status
yang dikemaskini boleh mengundang kepada pergaduhan antara insan. Maka, sebelum
mengemaskini status fikirkanlah kesan dan akibat terhadap pembaca yang melewati status kita. Pastikan
setiap tulisan kita memberi impak yang positif ke atas pembaca. Selain itu,
ejaan dan bahasa yang digunakan perlulah betul bagi mengelak salah faham. Kebanyakan
pengemaskini status suka menggunakan ejaan yang salah dan bahasa yang kurang
sedap dibaca. Kesimpulannya, fikir dahulu sebelum bertindak. ‘Orang bijak tidak
mencari penyakit tetapi mengelak dari terkena penyakit’
Sekian.
No comments:
Post a Comment