Sunday, September 22, 2013
Kenapa menulis itu susah
Saya menggambil masa yang lama memikirkan tentang tajuk ini. Saya terfikir mengapa menulis itu susah sedangkan kita menulis hanya menggunakan pensel dan kertas sahaja. Menghasilkan penulisan yang baik memerlukan ilmu yang banyak dalam diri seorang penulis. Ini yang menjadi sebab mengapa menulis itu dianggap susah. Banyaknya ilmu dalam diri seseorang individu itu disebabkan banyaknya dia membaca. Amalan membaca merupakan satu amalan yang kurang digemari oleh individu masa kini. Membaca dianggap satu perkara yang amat membosankan. Kesannya, individu masa kini merasakan menulis itu susah kerana mereka tidak tahu apa yang hendak ditulis disebabkan kurangnya pembacaan. Sikap suka membaca perlulah ditanamkan dalam diri setiap individu bermula daripada kecil supaya mereka mempunyai banyak ilmu dan dapat meningkatkan minat untuk menulis serta tidak merasakan menulis itu sesuatu yang membebankan untuk mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment