Secara dasarnya, menulis itu sebenarnya tidak susah. Ini kerana kita sudah di didik sejak kecil lagi untuk menulis dan juga membaca. Namun begitu, semakin dewasa kita merasakan bahawa menulis itu terasa begitu susah sekali. Pada pendapat saya, faktor utama mengapa seseorang itu mengatakan bahawa menulis itu susah adalah kerana faktor dirinya sendiri. Ini berdasarkan pepatah "hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih". Jika pepatah ini tersingkap dalam diri, pasti menulis itu menjadi senang sekali. Ini kerana, secara jujurnya saya merasakan bahawa sikap seseorang itu yang malas dan tidak mahu mencuba menyebabkan masalah ini berlaku. Jika ditanamkan sikap rajin dalam diri untuk menulis setiap hari, pasti menulis itu tidak susah bukan.
Selain itu, saya merasakan bahawa faktor pengaruh teknologi terkini juga menyumbang kepada terjadinya hal ini. Ini adalah kerana, teknologi terkini yang semakin berleluasa seperti internet menyebabkan masyarakat sekarang tidak mahu menulis. Sebagai contoh, surat merupakan salah satu alat penghubung yang menghubungkan seseorang dari dua tempat yang berlainan. Namun begitu, dasawarsa ini masyarakat tidak lagi atau jarang sekali menggunakan utusan surat sebagai penghubung dengan seseorang. Maasyarakat sekarang lebih gemar untuk menggunakan telefon, internet dan sebagainya sebagai salah satu medium komunikasi kini. Ini adalah kerana surat sedikit sebanyak mengajar seseorang itu untuk menulis dan mengeluarkan idea.
Oleh itu, saya menyeru semua supaya membuang sikap malas dalam diri untuk menulis dan mengeluarkan idea yang terbuku di minda. Anda boleh menjadikan menulis diari itu sebagai salah satu aktiviti harian anda. Lama-kelamaan anda akan merasakan bahawa menulis itu menjadi senang dan tidak susah lagi.
- SEKIAN -
No comments:
Post a Comment