Menulis akan jadi susah apabila
tiada idea dan merasakan menulis itu
sesuatu yang membosankan.
Sebenarnya menulis adalah suatu aktiviti yang menarik dan salah satu cara untuk
menggali dan mengcungkil idea bagi semua peringkat umur. Ianya boleh dilatih dari kecil sejak
kanak-kanak lagi bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah ketika rebungnya’.
Aktiviti ini akan menjadikan kanak-kanak lebih kreatif dan berdaya saing untuk
menghasilkan penulisan yang cemerlang dan terbilang. Sebagai contohnya Pieree
Andre telah menulis sejak berusia 10 tahun(kalau tidak silap), dan terbukti
penulisanya berjaya mengangkat beliau sebagai seorang pengarah terkenal dan
telah berjaya merangkul beberapa anugerah di atas kecermelangan dalam kerjayanya.
Maka, ayuh kita melakukan aktiviti
penulisannya sebagai aktiviti untuk
mengisi masa lapang dan juga menyumbang sedikit idea melalui penulisan. Mungkin
dengan satu ayat daripada kita mampu mengubah kehidupan seseorang ke arah yang lebih baik. Menulis juga
membantu otak kita menjadi lebih kreatif,kritis dan kritikal dalam mengolah sesuatu
jalan cerita. Jika anda dalam kategori pemalas tahap tegar untuk menulis, anda
boleh cuba untuk menulis satu ayat satu
hari. Sebelum memulakan penulisan tetapkan azam dan matlamat yang anda inginkan
karya anda siap dalam jangka masa tertentu dan bayangkan perasaan tika karya
anda siap. Mesti seronokkan walaupun penat! JJ
Akhirnya,anda boleh jadilkan
aktiviti menulis sebagai aktiviti harian. Bagi remaja-remaja di luar sana
mereka boleh mewujudkan blog sebagai
tempat untuk menyumbangkan buah pemikiran mereka. Untuk yang sudah berkeluarga,
ayah atau ibu boleh mewujudkan blog keluarga di mana setiap
ahli keluarga diwajibkan menulis sekurang-kurangnya satu artikel bagi sebulan.
Di dalam blog berkenaan ahli keluarga dibenarkan untuk menulis apa sahaja
mengenai keluarga mereka. Secara tidak langsung aktiviti ini akan
merapatkan silaturahim antara ahli keluarga dan membantu merancakkan institusi
kekeluargaan ke arah yang lebih harmoni.
Tunggu apa lagi
anda dah bacakan artikel ini! Jadikan
aktiviti menulis itu sesuatu yang mudah. Ya! Menulis adalah mudah. Semaikan
ungkapan ini dalam sanubari anda dan katakan pada diri ‘saya boleh menulis
dengan baik dan cemerlang’.
<terima kasih kepada yang sudi
membaca>
< Jika ada sebarang kekhilafan
dan kesalahan saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf>
<sebarang teguran dan kritikan
amat dialu-alukan>
Adminà NSZ
No comments:
Post a Comment