Tuesday, September 24, 2013

Kesan rangkaian sosial kepada manusia


Tidak dinafikan lagi, dunia masa kini semakin berkembang dengan teknologi-teknologi yang canggih. Kini, segalanya hanya dihujung jari. Penggunaan laman sosial seperti Twitter dan Facebook semakin berleluasa dalam masyarakat sekarang. Laman sosial ini telah memberikan kesan positif dan kesan negatif terhadap masyarakat.

Salah satu kesan positif penggunaan laman sosial ini adalah masyarakat dapat menambah lebih ramai kenalan dan ini menjadikan hubungan sesama masyarakat semakin erat. Kita dapat berkongsi pelbagai cerita, pengalaman, perasaan dan sebagainya bersama kenalan kita. Di samping itu, laman sosial adalah cara yang paling mudah dan cepat untuk mendapat berita di dalam dan diluar negara.

Penggunaan laman sosial ini juga telah memberikan kesan negatif kepada masyarakat. Majoriti purata pengguna laman sosial ini adalah remaja. Penggunaan laman sosial yang tidak dikawal akan menyebabkan remaja mudah lalai dan leka untuk menyempurnakan urusan mereka. Jika tidak dikawal, mereka akan mengabaikan pelajaran dan menyebabkan prestasi pelajaran mereka semakin merosot. Hal ini perlulah dipantau oleh kedua ibu bapa mereka. Ibu bapa perlu mengehadkan penggunaan internet untuk anak mereka. Oleh itu, anak-anak akan mengurangkan masa mereka dalam penggunaan internet dan lebih menumpukan terhadap pelajaran mereka.

Kenapa menulis itu susah??


Kebanyakkan pelajar mengatakan menulis itu adalah sesuatu yang sukar. Walhalnya, menulis itu tidaklah sesukar yang disangkakan. Sebab-sebab pelajar mengatakan menulis itu sukar adalah kerana tidak mempunyai idea yang bernas. Untuk mendapatkan penulisan yang baik, idea yang bernas dan berkualiti amatlah penting. Sekiranya ketandusan idea, ia akan menghalang kita untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti. 

Faktor yang paling penting adalah kerana sikap pelajar itu sendiri. Bila kita sering mengatakan sesuatu itu susah, maka susahlah ia. Kita perlulah sentiasa berfikiran terbuka dalam hal ini. Setkan minda kita dengan mengatakan menulis itu mudah. Tidak ada yang mustahil di dalam dunia ini. Perkara yang susah, akan menjadi mudah. Dengan izin Allah, kita mampu melakukan sesuatu di luar jangkaan kita. Hanya orang yang mempunyai keyakinan yang tinggi dan sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu tanpa putus asa yang akan berjaya.

INSPIRATIONAL QUOTATION

" Always bear in mind that your own resolution to succeed is more important than any other one thing "

< ABRAHAM LINCOLN >

ERTI SEORANG PELAJAR

Apakah erti seorang pelajar? Pada pendapat saya, jika difikirkan secara amnya atau secara dasarnya, erti seorang pelajar itu adalah pelajaran atau belajar. Ini bermaksud seseorang yang bergelar pelajar itu mempunyai hanya satu tugas yang besar yang perlu digalas setelah menjadi seorang pelajar iaitu BELAJAR atau pun mencari ilmu.

Justeru itu, bagi sesiapa yang bergelar pelajar tetapi tidak menjalankan tugasnya, bermaksud dia tidak mendalami atau mengetahui erti menjadi seorang pelajar itu. Seorang pelajar itu haruslah belajar dari semua aspek kehidupan iaitu belajar membahagikan masa dengan baik, belajar untuk menjadi seorang yang bijak dari segi jasmani dan juga tidak meninggalkan aspek rohani.

Sebagai penutup, saya ingin menyatakan kepada semua pelajar satu kata-kata hikmah untuk di jadikan sebagai panduan dalam mengenal erti menjadi seorang pelajar. ' Jika hendak belajar, belajarlah anda sehingga ke negara China.'

- SEKIAN -

INFLUENCE OF SOCIAL NETWORK IN YOUR LIFE

Nowadays, there are many social network involve in your life. Sosial network such as facebook, twitter, and skype are very popular nowadays especially to youngsters. This is because they brought fun and story to us, family, and also friends. Whether we realised or not, social network had brought big influence including good and bad influence to your life.

First of all, I think social network had brought good influence in our life. For example, we can know the latest story of our old friend through facebook and twitter. Story of all of our friend from elementary, and secondary school will be shared through this network and you can knew their latest updates here. As a result, you will know the latest updates of them and add them to your friend list. Besides that, we can shared knowledge, experience, and story with everybody through this kind of social network. Thus, we can learn something  and express everything to our friends.

Besides that, these kind of social network also brought bad influence to our life. Rather than good, I think social network bring more bad influence to our life especially. First, it will cause student to not concentrate in their studies. Second, it will cause a case of default involving money to be happen. Besides that, it will cause an argument between another as sometimes the network are hacked by others.

As a conclusion, we can say that social network had brought good and bad influence to our life. The most important is we must knew how to take care of ourselves and the limit in social life.

- THANK YOU -

KENAPA MENULIS ITU SUSAH??

Secara dasarnya, menulis itu sebenarnya tidak susah. Ini kerana kita sudah di didik  sejak kecil lagi untuk menulis dan juga membaca. Namun begitu, semakin dewasa kita merasakan bahawa menulis itu terasa begitu susah sekali. Pada pendapat saya, faktor utama mengapa seseorang itu mengatakan bahawa menulis itu susah adalah kerana faktor dirinya sendiri. Ini berdasarkan pepatah "hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih". Jika pepatah ini tersingkap dalam diri, pasti menulis itu menjadi senang sekali. Ini kerana, secara jujurnya saya merasakan bahawa sikap seseorang itu yang malas dan tidak mahu mencuba menyebabkan masalah ini berlaku. Jika ditanamkan sikap rajin dalam diri untuk menulis setiap hari, pasti menulis itu tidak susah bukan.

Selain itu, saya merasakan bahawa faktor pengaruh teknologi terkini juga menyumbang kepada terjadinya hal ini. Ini adalah kerana, teknologi terkini yang semakin berleluasa seperti internet menyebabkan masyarakat sekarang tidak mahu menulis. Sebagai contoh, surat merupakan salah satu alat penghubung yang menghubungkan seseorang dari dua tempat yang berlainan. Namun begitu, dasawarsa ini masyarakat tidak lagi atau jarang sekali menggunakan utusan surat sebagai penghubung dengan seseorang. Maasyarakat sekarang lebih gemar untuk menggunakan telefon, internet dan sebagainya sebagai salah satu medium komunikasi kini. Ini adalah kerana surat sedikit sebanyak mengajar seseorang itu untuk menulis dan mengeluarkan idea.

Oleh itu, saya menyeru semua supaya membuang sikap malas dalam diri untuk menulis dan mengeluarkan idea yang terbuku di minda. Anda boleh menjadikan menulis diari itu sebagai salah satu aktiviti harian anda. Lama-kelamaan anda akan merasakan bahawa menulis itu menjadi senang dan tidak susah lagi.

- SEKIAN -

Monday, September 23, 2013