Friday, August 16, 2013
Kenapa menulis itu susah?
"Kenapa menulis itu susah?" adalah satu soalan yang memberi tamparan hebat kepada masyarakat Malaysia yang rata-ratanya tidak mengamalkan budaya membaca. Namun mungkin peningkatan jumlah pesta jualan buku seperti Pesta Buku Antarabangsa, Big Bad Wolf, Pesta Buku Selangor dan sebagainya yang diadakan setiap tahun sedikit-sebanyak mampu menarik minat orang ramai untuk membudayakan amalan membaca. Aktiviti penulisan hanya mampu dilaksanakan dengan berkesan sekiranya seseorang itu memiliki pengetahuan yang luas dalam subjek yang ingin ditulis. Maka, salah satu cara untuk menambahkan ilmu adalah melalui pembacaan. Tanpa ilmu yang meluas dan benar pastinya sulit untuk menghasilkan karya yang bermutu dan mampu menyentuh jiwa yang membaca. Selain itu, seorang penulis harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana sepanjang tempoh menghasilkan sebuah karya pastinya ada saat-saat di mana mereka akan mengalami 'writer's block'. Lantas, hanya mereka yang tidak putus asa yang berjaya menghasilkan karya seperti yang dihajatkan. Kedua-dua faktor ini yang pada pandangan saya menyebabkan tidak ramai individu yang mahu berkecimpung dalam bidang ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment