Setiap manusia mempunyai impian. Impian seorang pelajar
adalah mencapai sesuatu kejayaan. Bukan sahaja dalam pelajaran, malahan dalam
semua bidang. Kehidupan seorang pelajar
tidak terlepas daripada kesusahan. Kesusahan mencapai kejayaan dengan usaha
yang tinggi, akan membuahkan hasil yang sangat lumayan. Bak kata pepatah,
bersusah – susah dahulu, bersenang – senang kemudian. Masa depan pelajar
bergantung pada usaha yang berterusan dan tidak pernah berputus asa.
Selain daripada mencapai kejayaan, seorang pelajar juga
mengimpikan sebuah kebahagian. Kebahagiaan seseorang itu bermula daripada
sebuah keluarga. Sikap seorang pelajar itu dapat dilihat daripada keadaan
keluarganya. Bagaimana cara ibu bapa mendidik anak-anaknya sangat penting.
Anak-anak perlulah dididik sejak dari kecil lagi. Seperti kata pepatah,
melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
No comments:
Post a Comment